top of page
IMG_9437.jpg

Cerita Ahsana

Persatuan kebajikan Ahsana Kuala Lumpur yang terletak di Taman Puchong Indah merupakan rumah pertama yang mengkhususkan Insan Istimewa (kaum wanita).

Ahsana KL ialah NGO Persendirian yang menyediakan tempat perlindungan Insan Istimewa agar mereka boleh diurus dengan rapi dan keselamatan mereka lebih terjaga.

Sokongan dan sumbangan yang diterima oleh pihak Ahsana 100% daripada Pihak Komuniti.

Disini Pihak Ahsana mempunyai tujuan dan harapan yang sangat besar untuk memastikan warga II mendapat hak istimewa yang sepatutnya dari segi kebajikan, kemudahan dan juga kesihatan.

Apakah maksud 'Ahsana'?

'Ahsana' diambil dari perkataan Bahasa Arab yang bermaksud:

 "Kebaikan atau perbuatan Mulia." 

Slogan Ahsana

INDAH

​Mereka Indah kerana masih tersenyum manis melawan kekurangan mereka.

INSPIRASI

Mereka memberi Insiprasi kerana berdiri teguh untuk diri mereka.

ISTIMEWA

Mereka Istimewa kerana mereka akan sentiasa diberi Penghormatan daripada semua orang.

Kehidupan Sehari-Hari Kami

Terima kasih kepada semua yang menyokong kami.

bottom of page